Kembalinya ke Britain T. E. Lawrence

Lawrence kembali ke United Kingdom berpangkat kolonel.[30] Beliau terus memasuki Pejabat Luar Negeri sebagai seorang pegawai utama, beliau turut menghadiri Persidangan Damai Paris dalam delegasi Raja Faisal dari bulan Januari hingga Mei. Pada 17 Mei 1919, beliau mengalami kemalangan dahsyat ketika menaiki pesawat Handley Page Type O/400 menuju ke Mesir yang terhempas di lapangan terbang Centocell dalam pusat kota Roma tetapi terselamat berkecederaan di tulang-tulang belikat dan rusuk.[31]

Lawrence served as an advisor to Winston Churchill di Pejabat Jajahan pada Februari 1920 selama setahun[32] melakukan lawatan beberapa kali ke Timur Tengah semasa waktu ini atas pelbagai urusan bawah jabatan ini;[33] beliau sering mengeluh mengenai keadaan terkurung beliau melakukan kerja-kerja persuratan ini.[34]

Kemalangan yang meragut nyawa

Pada 13 Mei 1935 dua bulan selepas tamat khidmatnya, Lawrence bermotosikal atas Brough Superior SS100nya di suatu jalan menuju dekat rumahnya di Wareham; beliau hilang kawalan dalam percubaan mengelak dua orang pemuda berbasikal sehingga terhumban di tepi jalan.[35] Beliau dibawa ke hospital mendapat rawatan tetapi meninggal dunia akibat komplikasi teruk kecederaan dibawa kemalangan ini enam hari kemudian pada 19 Mei 1935 berusia 46 tahun.[35] Salah satu doktor yang merawatnya, Hugh Cairns, menjadi terkesan dengan kegagalan dia dan rakan seperjuangannya memulakan kajian terhadap ancaman nyawa akibat kecederaan kepala dalam kalangan penunggang motosikal yang kemudiannya mendorong pembangunan serta pewajiban topi keledar berekaan selamat dalam persekitaran sebegini..[36][37]

Rujukan

WikiPedia: T. E. Lawrence http://www.britannica.com/topic/T-E-Lawrence-on-gu... http://www.castlehillpress.com/ http://www.neurosurgery-online.com/pt/re/neurosurg... http://www3.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title... http://norman.hrc.utexas.edu/fasearch/ //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11844248 http://www.protestantcemetery.it/press/webnewslett... http://telawrence.net/telawrencenet/letters/1927/2... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Lawren... //doi.org/10.1097%2F00006123-200201000-00026